blog percutian umrah-aniq


 Pada cuti sekolah tahun ini, saya sekeluarga telah pergi ke Mekkah untuk melaksanakan ibadah umrah.

 Sebelum pergi, kami melakukan carian tentang ibadah umrah dan aturan-aturannya, ini sangat penting agar pelaksanaan ibadah berjalan lancar dan kami juga tidak lupa untuk  memastikan dokumen seperti passport dan visa umrah telah siap.

 Sampai sahaja kami di lapangan terbang kami menungu beberapa jam untuk masuk ke dalam kapal terbang, sementara saya menunggu untuk masuk ke kapal terbang saya membeli makanan agar tidak lapar sewaktu penerbangan

 Kemudian, kami menaiki kapal terbang dan bersedia untuk bertolak ke Jeddah. Tibanya kami di lapangan terbang kami terus menaiki bas untuk ke Madinah. Sampainya kami di Madinah ibu saya terus pergi ke hotel yang sudah disediakan, manakala saya dan ayah saya pergi Masjidil Nabawi untuk melaksanakan solat Magrib.

 Kami berada di Madinah selama 6 hari, sepanjang berada di sana kami melalukan banyak aktiviti dan antara aktiviti yang kami lakukan ialah menziarahi Masjid Quba yang jugak dikenali sebagai ' Masjid Awan', kami juga berperluang memasuki Raudah, menziarahi Makam Rasullah dan sahabat, serta perkuburan Baqi' iaitu kubur bagi umat islam yang meningal di Madinah. Kami jugak mengambil peluang untuk bejalan-jalan di Masjid Nabawi,ziarah Kota Madinah seperti ke Kilang Al Quran, ladang kurma, solat di Masjid Qiblatan, ke Jabal Uhud dan Masjid Tujuh.

 Hari ke tujuh, kami bergegas untuk pergi ke Mekkah, sebelum bergerak ke Mekkah, kami telah melakukan Ziarah Wada' iaitu ziarah selamat tinggal. Kami jugak  telah memakai pakaian Ihram dari Madinah, kerana di Mekkah, kami akan terus melakukan ibadah Umrah dan berniat umrah di Bir Ali, dan setibanya di Makkah,  kami terus menuju ke Masjidil Haram untuk melakukan rukun Umrah.

 Saya melakukan rukun umrah yg pertama,iaitu 'tawaf" yang membawa maksud mengelilingi Kaa'bah sebanyak tujuh kali. Selepas selesai melakukan ibadah tawaf kami melalukan rukun yg ke dua iaitu "sa’i"dengan berlari-lari anak antara bukit Safa dan bukit Marwah, setelah menyelesaikan sa’i, jemaah melakukan rukun yang ke tiga iaitu tahallul, dengan memotong sedikit rambut, maka selesai lah Umrah kami yang pertama pada hari itu.

 Pada hari ke lapan, kami melalukan aktiviti ziarah luar Mekkah, seperti ziarah ke Jabbal Nur, Jabbal Thur, Jabal Rahman, Padang Arafah, Mina, Muzdalifah, Muaissem & Masjid Jaaranah. Kami melakukan Umrah untuk kali ke 2, dan pada hari ke 9 &10, kami melakukan tawaf sunat dengan menaiki skuter electric.

Pada hari terakhir kami di Mekkah,kami melakukan tawaf  Wida" iaitu tawaf selamat tingga kerana pada hari itu, kami kami akan pulang ke Tanah Air, 

Saya berasa sangat gembira sepanjang 11 hari berada disana, kerana pengalaman seperti ini sangat berharga untuk saya, dan saya pasti akan ke sana lagi satu hari nanti.




    

Comments